Tuesday, June 5, 2012

Berjaya Atau Gagal


Gagal atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.
Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya.
 Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi,dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti "tidak boleh" menjadi penyebab anda gagal.
Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.
Orang Malaysia - anda sendiri - sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda - Saya Boleh Berjaya!

Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia dan oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia - ANDA - boleh berjaya melakukannya. "Percaya Boleh Berjaya"  merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftarkan diri sebagai pengedar ialah menanam kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.
9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah perniagaan jualan langsung. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan "Lihat dulu baru percaya" sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh "Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya". Jangan bazirkan masa, wang, dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan "Tidak Boleh Berjaya". Mulakan langkah pertama ini dengan "Saya Akan Berjaya!" Bertindaklah Sekarang Sebelum Hayat Melayang!

MONAVIE 2 TAHUN DI MALAYSIA TELAH MELAHIRKAN LEBIH DARIPADA 100 ORANG JADI JUTAWAN.. ADAKAH ANDA NAK TENGOK SAJA ATAU MENGAMBIL PELUANG???
ANDA SENDIRI TENTUKAN..


Ikhlas
MOHD IDHAM BIN ISMAIL
016-5851301
Monavie Exe Distributor

1 comment:

  1. Wah info yang sangat menarik....
    ditunggu kunjungan balikknya ke blog saya.
    http://like-indonesia.blogspot.com/2012/06/jasa-menambahkan-jumlah-follower.html
    datang membawa info menarik.

    ditunggu followback nya.

    ReplyDelete