Thursday, December 6, 2012

Busy Ke Brunei for Bussiness

Alhamdullilah.. Selepas Setahun bersama monavie.. drpd modal yang hanya cuma Rm751.. total accumulate yang terkumpul drpd bulan 1 2012.. sudah mencecah Rm150k .. jika saya cuma duduk diam dan menharapkan gaji yang ada.. sangat la susah untuk mendapat pendapatan seperti ini :) ..


Baru-baru ini kami amat sibuk membuat promosi dan juga meRegisterkan orang orang di Brunei dan juga Indonesia.. dan yang paling Menarik.. semua orang orang Brunei dan juga Indonesia tengah EXCITED untuk Monavie membuat LAUNCHING!!!
Brunei 2013 Coming soon...

AND 

Indonesia 2013 Coming Soon..


Jika anda berminat untuk menjadi Bisness Partner anda boleh menghubungi saya
di
+60165851301
Mohd Idham Ismail
Monavie Exe Dist

Saturday, September 29, 2012

Gagal?? Kenapa Selalu Gagal???

NAPOLEAN HILL pernah berkata:
“orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan di dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa. Mereka semuanya tahu kenapa mereka gagal.”

Terlalu banyak peluang dan segala macam kebaikan yang dapat memberi faedah berada di sekeliling anda. Anda tidak dapat untuk melaksanakannya atau terbiar begitu sahaja kerana anda tiada kesanggupan untuk melaksanakannya. Segala apa yang telah anda rancangkan akan lenyap seolah-olah tidak pernah sekalipun anda terfikir untuk mahu mencapai kejayaan.

Terdapat banyak faktor yang berada di dalam diri anda atau di sekeliling anda yang menjadi penyebab kepada kegagalan anda untuk mencipta kejayaan selama ini. Kenalpasti semua faktor ini sekarang, kerana anda sudah tiada masa untuk terus menerus gagal.

Tidak Sanggup Bererti Menempah Kegagalan

  Untuk mencipta kesanggupan diri adalah mudah, anda hanya perlu mulakan dengan berikrar bahawa anda sanggup untuk melakukan sesuatu dan mahu mencapai apa yang anda impikan.
Namun begitu anda harus ingat, walaupun anda telah berikrar tetapi di mulut atau di hati anda mengatakan tidak sanggup, dengan sekelip mata sahaja, kekuatan kesanggupan yang ada di dalam diri anda akan terhapus, pupus dan lenyap terus.

Anda mahu jalan mudah untuk mencipta kejayaan. Pada hakikatnya, anda sendiri tahu bahawa ia tidak mungkin berlaku. Pencapaian yang anda inginkan akan sentiasa bergantung kepada betapa tinggi kesanggupan yang boleh anda laksanakan untuk memperolehi hajat itu.

Misalnya, seorang pelajar tidak mungkin boleh mendapat 6 agregat di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, sekiranya dia tidak sanggup untuk berusaha belajar, mengulangkaji pelajaran, berbincang setimpal dengan apa yang ingin dicapainya.

Sekiranya dia sering ponteng sekolah, tidak membuat kerja sekolah, malas mengulangkaji, membuang masa, tidak suka berbincang dengan guru-guru atau rakan-rakan, tidak mungkin berjaya memperolehi 6 agregat seperti yang dihajatkan.

Dipendekkan cerita input adalah output. Apa yang anda usahakan, itulah hasilnya. Sekiranya sangup, semua yang anda inginkan boleh jadi dan jika tiada kesanggupan, semuanya akan gagal.

Mungkin anda sendiri pernah berjumpa dengan seseorang yang ingin berniaga atau sudahpun mula berniaga, tetapi tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di pejabat ataupun di tempat di mana dia menjalankan perniagaan.

Dia semata-mata mengharapkan pembantunya untuk menjalankan perniagaan tersebut. Bila ada jualan, apa yang dia tahu hanyalah mengambil wang hasil daripada jualan itu dan sekiranya tiada jualan, dia akan memarahi pembantunya kerana tidak pandai berniaga.

Apakah orang sebegini akan meraih kejayaan? Sudah pasti tidak. Orang seperti ini ingin meraih kejayaan melalui perniagaannya tetapi tidak sanggup melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia akan gagal di dalam perniagaannya.

Anda mempunyai kemahuan dan hajat yang besar, tetapi tidak terlaksana atau terbiar begitu sahaja hanya kerana hati anda was-was, atau mulut yang mengatakan, “tidak sanggup” atau kedua-duanya sekali. Dunia ini hanya untuk orang yang sanggup. Mereka yang tidak sanggup akan sentiasa ketinggalan jauh ke belakang.


 Masa Untuk Merebut Peluang

 Ramai manusia masih lagi terikat dengan keadaan masa lalu. “Dahulu aku pernah cuba tapi gagal… tidak mungkin sekarang aku boleh berjaya…”. Ingat, hanya anda sahaja yang boleh menjadi penghapus kepada kenangan silam anda.

Apa yang telah berlaku, pasti telah berlaku. Sewajarnyalah anda memberi satu penumpuan baru, satu usaha baru dan juga satu kesanggupan baru untuk mencipta kejayaan yang pernah anda usahakan dahulu. Adalah tidak wajar untuk menjadikan peristiwa lalu sebagai penyebab kenapa anda tidak seharusnya mengecap kejayaan pada hari ini.

Anda mesti mengakui hakikat bahawa apa yang berlaku ke atas diri anda adalah kerana usaha anda sendiri. Anda juga mestilah mengakui bahawa kejadian yang berlaku ke atas diri anda adalah akibat daripada perbuatan diri anda sendiri.

Apa yang penting, anda mesti mengakui bahawa kehidupan anda hari ini bukanlah kehidupan yang telah berlalu. Sekiranya anda masih percaya pada keadaan masa lalu, bererti itulah pembentukan keadaan anda pada hari ini. Akan terpahat di pemikiran anda bahawa esok anda akan tetap menjadi seorang manusia yang serupa.

Pemikiran seperti ini akan merugikan diri anda sendiri. Anda harus faham bahawa kehidupan anda tidak perlu bersifat statik. Sekadar berputar di atas paksi yang sama, lantas menghasilkan sesuatu yang serupa. Anda perlu ingat kembali, bahawa anda yang bertanggungjawab untuk menyusun halatuju hidup anda dan bukannya orang lain.

Yang lepas jadikan sempadan agar segala kelemahan akan dapat anda perbaiki pada hari ini untuk membolehkan anda mewujudkan sesuatu yang lebih luar biasa pada hari esoknya. Anda juga haruslah berpegang kepada prinsip, “…hari ini pasti akan menjadi lebih baik daripada semalam”.

Anda harus cari segala kelemahan yang telah membawa kegagalan kepada anda. Anda haruslah mengambil iktibar daripada kesalahan yang telah anda lakukan dan dalam masa yang sama mencontohi mereka yang telah memperolehi kejayaan.

Kalau dahulu anda seorang yang boros, suka berbelanja tanpa sebarang perhitungan, tidak pernah menabung dan banyak berhutang-kredit sana dan kredit-sini hari ini anda ubah sifat yang merugikan ini. Dari kelemahan ini, anda harus bina sesuatu yang baru seperti berbelanja kurang daripada pendapatan.

Tanamkan sifat suka menabung, walaupun sikit. Jangan ikut nafsu berbelanja tanpa tujuan. Sudah pastinya, anda akan menjadi seorang yang luar biasa pada hari esok. Anda jangan lupa…sikit-sikit lama –lama jadi bukit. Pepatah ini masih lagi unggul.

Tukar kepercayaan yang ada pada diri anda. Keadaan masa lalu telahpun berlalu, dan yang pasti apa yang ada di tangan anda sekarang ialah waktu ini yang tidak perlu sama sekali anda kaitkan dengan masa silam.

Pisang tidak akan berbuah dua kali. Kikis kepercayaan yang boleh akan membataskan kekuatan diri anda untuk mencapai kejayaan pada hari ini.

Setiap manusia pernah menerima atau melalui kegagalan dan kejatuhan, bukan hanya anda seorang. Jangan tumpukan kepada berapa kalikah anda telah jatuh atau gagal.
Tumpukan kepada berapa kali pula anda boleh terus bangun dan menebus segala kejatuhan dan kegagalan yang telah berlaku. Tidak ada faedahnya anda menghitung kegagalan kerana bukan itu yang anda kehendaki.

Apa yang baik anda jadikan tauladan dan yang buruk itu pula boleh anda jadikan sempadan. Anda harus ingat bahawa setiap kejatuhan dan kegagalan itu akan memberikan kekuatan kepada anda untuk terus melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada terus melakukan kesalahan.

Jangan sekali-kali anda kemukakan alasan-alasan untuk menyokong kegagalan yang telah berlaku di dalam hidup anda. “…mungkinkah aku akan menjadi seorang jutawan seperti yang aku cita-citakan? Yang itu aku dah cuba-gagal, yang ini juga aku dah cuba-tapi masih gagal.”

Hati anda akan terus berkata lagi, “…aku rasa, kalau aku dapat menjadi. Biarlah orang lain sahaja yang menjadi jutawan. Mungkin aku bukan daripada jenis manusia yang boleh menjadi jutawan.”
Berhenti segera, jangan berdolak-dalih. Jangan hargai kegagalan dengan memberi pilihan matlamat yang lebih kecil kepada diri anda. Anda bukan barang buangan yang mesti diberi diskaun. Hadapi kenyataan bahawa anda adalah manusia bagus dan berkemampuan. Hanya anda masih belum menggunakan bakat sepenuhnya.

Alasan-alasan remeh yang anda berikan telah menjadi penyebab kenapa anda akan terus menjadi seorang manusia yang gagal-semalam, hari ini dan esok…apa yang memburukkan lagi, alasan yang serupa akan menjadi penyebab kegagalan generasi anda yang akan datang.
Anggapan Awal Mencorakkan Diri Anda

“Susahlah…” demikian kata mereka yang suka membuat anggapan awal. Apa yang pelik, kata-kata itu diucapkan sebelum sesuatu kerja itu dilakukan. Bagaimana mereka tahu susah atau senangnya melakukan sesuatu pekerjaan itu tanpa dilakukan dahulu.

Anggapan awal yang bersifat negatif sebegini kerap menyebabkan banyak perkara yang baik tidak anda laksanakan. Anda hanya memikirkan yang susahnya dahulu sebelum sebarang usaha dapat anda lakukan.

Bagaimana hendak anda lakukan sesuatu usaha itu sedangkan telah terlebih awal lagi anda mengatakan ‘susah’, ‘tak boleh’, ‘leceh’ dan pelbagai tanggapan negatif lagi.

Saya masih teringat lagi satu cerita yang pernah saya baca dan ingin saya kongsikan bersama anda. Pada suatu hari, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mempunyai masalah pendengaran balik ke rumah lalu memberikan sekeping nota yang telah ditulis oleh guru kanak-kanak itu kepada ibunya.

Surat itu berbunyi “Anak awak Tommy adalah seorang yang bodoh, jangan hantar dia ke sekolah lagi”. Lalu emaknya berkata kepada anaknya, “anak saya Tommy tidak bodoh, saya akan mengajar anak saya sendiri.”

Lalu ibu Tommy telah mendidik sendiri anaknya. Dia yakin, bahawa anaknya tidak sebodoh seperti yang dinyatakan oleh guru sekolah anaknya itu. Setelah masa berlalu,. Tommy pun meningkat dewasa dan akhirnya beliaulah tokoh yang kita kenali sebagai Thomas Edison.

Jangan terlalu cepat berputus asa atau cepat mempunyai tanggapan negatif yang boleh merugikan diri anda. Jika mulut dan hati cepat mengatakan begitu, fikiran anda pula mengakuinya maka fizikal anda sudah pasti tidak mahu memulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya. Akhirnya kehidupan anda dicorakkan dengan segala bentuk.

Ada kalanya pula, anda berhenti melakukan sesuatu yang sedang anda usahakan ketika anda berada di pertengahan jalan atau setelah hampir ke penghujung jalan. Segala kesanggupan dan keyakinan yang telah anda bina pada peringkat awal lagi, telah terhapus. Ini adalah satu tindakan yang sangat merugikan.

Manusia yang suka membuat tanggapan awal adalah manusia-manusia lembik, layu, yang suka membuang masa, beranggapan bahawa kejayaan itu mudah dan bukannya sesuatu yang sukar dan perlu ketekunan.

Akhirnya anda akan melihat seseorang yang pernah berusaha keras untuk mencapai kejayaan akan tetapi berakhir dengan menghabiskan masa tanpa memperolehi sesuatu yang bermakna dalam kehidupannya.
Dalam keadaan apa sekalipun, anda haruslah mencuba dahulu sebelum menyatakan bahawa “..ia sukar untuk dilakukan”. Tidak ada sebarang cara untuk memperolehi sesuatu itu melainkan dengan mencuba..mencuba dan terus mencubanya terlebih dahulu.

Ingatkan semula kisah yang berlaku di dalam kehidupan Thomas Edison. Beliau telah gagal hampir 10,000 kali sebelum beliau mencipta pelbagai kejayaan semasa hidupnya.
Ingat, anda yang menguasai diri anda sendiri, bukannya orang lain. Jangan sesekali anda salah-gunakan kuasa yang ada di tangan anda untuk menjuruskan anda ke arah kegagalan. Dan jangan sekali-kali anda membuat tanggapan awal.

Jangan timbulkan sebarang keraguan terhadap sesuatu yang anda rasakan boleh mendatangkan kebaikan kepada diri anda. Ramai yang tahu apa yang baik untuk diri mereka, tetapi mereka tetap tidak mahu melakukannya hanya semata-mata mereka telah dapat membayangkan segala kesusahan dan usaha yang perlu mereka lakukan untuk memperolehi kejayaan.

Pepatah Inggeris pernah mengingatkan manusia: “everyone knows about success, BUT they do not want to talk about success, because beneath success comes a lot of hard work.”

Anda tahu apa yang akan anda lakukan boleh memberikan kebaikan kepada diri anda. Akan tetapi, apabila anda merasakan bahawa ia memerlukan komitmen dan kesanggupan, anda akan terus meninggalkannya kerana tidak mempunyai kesanggupan dan tidak mahu untuk berusaha ke arah mencapai kebaikan tersebut.

Jangan ragu-ragu untuk bertindak jika anda tahu ia akan mendatangkan kebaikan untuk diri anda. Anda harus bertindak segera kerana hanya dengan cara ini sahaja ia akan dapat menghapuskan segala tanggapan awal yang tersemat di dalam pemikiran anda.
Bertangguh Akan Membunuh

Mereka yang tidak mempunyai kesanggupan akan sentiasa memberikan alasan untuk bertangguh dalam sebarang usaha. Sebab yang paling utama anda bertangguh ialah kerana sifat TAKUT. Sifat yang sepatutnya digunakan untuk menghindarkan diri manusia daripada kehancuran, bukannya menghadkan kebolehan manusia untuk mewujudkan kejayaan. Sifat takut akan hanya ke tepi sekiranya anda mempunyai sifat sanggup.

Dalam masa yang sama, sifat tidak mempercayai diri sendiri juga mungkin menjadi penyebab kenapa anda suka bertangguh. Anda sendiri akan mendengar satu bisikan di dalam diri anda, “…apakah aku boleh melakukannya?”

Alasan-alasan seperti “…aku tidak sepandai orang lain”,  “…aku tidak secekap orang lain”,  “…aku tidak setangkas orang lain”, akan sentiasa bermain-main di dalam pemikiran anda.

Dalam apa keadaan sekalipun, anda harus sering bertanyakan kepada diri anda, sekiranya anda tidak mempercayai diri anda sendiri untuk melakukan kejayaan, siapa lagi yang boleh mempercayai kemampuan anda untuk melakukan perubahan di dalam kehidupan diri anda sendiri?

Anda mahu cepat kaya, cepat berjaya, cepat itu dan cepat ini. Akan tetapi, yang cepat tidak akan menjadi cepat jika anda gagal untuk cepat melakukan tindakan yang kelak akan mewujudkan kejayaan itu.

Lagi lama anda bertangguh maka lagi lambat pula kejayaan akan datang menghampiri anda.  Jika anda meneliti dengan sedalam-dalamnya, sudah berapa banyak peluang yang telah anda terlepas kerana adanya “tembok penghalang” yang menyebabkan anda bertangguh untuk melakukan kerja anda.

Tembok penghalang itu selalunya datang daripada dalam diri anda sendiri. Tangan anda sendiri yang mengatur batu bata yang membentuk tembok di hadapan diri anda.

Sekali bertangguh akan menyebabkan anda akan terus memiliki sifat bertangguh dan ia adalah satu sifat yang sangat menyeronokkan. Hari ini…esok….lusa…tulat dan seterusnya sehinggalah sampai pada ketikanya anda akan merasakan diri anda berada di dalam kerugian. Akan tetapi, pada ketika itu segalanya mungkin sudah terlambat.

Walaupun pepatah Inggeris ada mengatakan, “Better Late Than Never..”, bermaksud sekurang-kurangnya lakukan atau berusaha untuk melakukan sesuatu daripada tidak melakukannya atau mencubanya langsung.

Ini bukan bermakna anda mesti mengekalkan sifat suka bertangguh anda itu. Sifat ini langsung tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kecuali kerugian untuk diri anda sendiri. Kerugian yang telah anda buktikan berkali-kali sebelum ini.

Jangan sekali-kali anda mengalah sebelum anda mencuba. Anda perlu sematkan di fikiran anda bahawa anda tidak menjadi semakin muda. Apabila setiap hari berlalu, bermakna hidup anda menjangkau ke usia tua dan semakin singkat pula masa yang ada pada anda untuk melakukan sesuatu.

Jika anda terus menyimpan sifat suka bertangguh, sudah pasti anda sendiri akan dapat meneka apa yang akan terjadi pada penghujung kehidupan diri anda. Jika anda terus bertangguh anda akan hilang ditelan zaman. Mungkin kelak ada seseorang menulis pada batu nisan anda yang berbunyi:

“Di sinilah terkuburnya seorang manusia yang tidak sempat melakukan apa-apa”

Masa tidak akan merasa belas kasihan langsung terhadap anda yang mempunyai sikap suka bertangguh. Masa juga tidak akan memberikan sedikitpun kemaafan kepada diri anda yang sudah bertangguh untuk melaksanakan sesuatu kejayaan. Semalam tetap telah pergi, besok masih di tangan Tuhan. Tiada sesuatu yang boleh dilakukan kecuali pada hari ini. Bertindaklah sekarang!

 
Sifat Malas Membawa Kegagalan

Dalam dunia yang serba maju ini, masih ramai lagi yang berundur ke belakang. Sentiasa ketinggalan tanpa meraih kejayaan. Mereka yang seperti ini adalah orang-orang yang malas. Orang yang maju setapak tetapi akan mundur pun untuk beberapa tapak.

Orang ini malas berfikir, malas bertindak, malas melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan malas untuk mencapai kejayaan. Malas adalah salah satu daripada faktor yang menjadi penghapus segala kejayaan yang sepatutnya dicapai. Orang itu mungkin anda.

Dengan hanya merasa malas di hati, fizikal anda akan turut menjadi malas dan sudah pasti fikiran anda akan turut juga menjadi malas. Dengan sifat malas itu, segala apa yang anda impikan akan terus menjadi impian. Sebaliknya, jika anda tukar sikap anda daripada malas menjadi rajin, segala apa yang anda impikan itu akan menjadi kenyataan.

Semua orang termasuk diri anda berhak untuk berjaya dan mencipta kejayaan, tetapi hak itu selalu anda sia-siakan dengan sifat malas yang ada di dalam diri anda. Dengan malas, anda akan hanya mencapai kegagalan demi kegagalan. Orang yang malas adalah orang yang sengaja mencari kegagalan.

Jangan sekali-kali anda melayan rasa malas. Malas yang kecil akan menjadi besar jika ia dibelai dan dilayan. Ini adalah kerana, malas adalah sejenis penyakit yang berkuasa untuk menghapuskan segala impian yang telah dirancang untuk diri dan keluarga anda.

Hapuskan sifat malas dan tanamkan sikap untuk terus bekerja dan berusaha sehingga tercapai segala impian yang telah anda rancang untuk diri dan keluarga anda. Jangan sekali-kali terjerumus ke lurah malas yang akan mengecewakan kehidupan anda seterusnya.

Menjadi seorang ‘gagal sejati’ akan hanya berlaku kepada orang yang malas kerana sifat malas ini akan sentiasa mengheret anda ke arah kegagalan.

Sifat malas juga akan mengikat anda untuk memiliki pemikiran yang menjurus kepada kegagalan walaupun anda mempunyai segala potensi untuk berjaya.

Jangan dilayan perasaan malas yang sudah mungkin terbit di dalam hati dan jiwa anda. Tanamkan suatu kekuatan yang maksima di dalam diri anda dan bebaskan diri anda daripada cengkaman sifat malas yang ada.

Isikan hati dan jiwa anda dengan keazaman yang kuat dan kesanggupan yang jitu untuk memastikan bahawa setiap kejayaan itu akan memihak kepada anda.
Hindari Suasana Kecewa

Suasana kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika anda berada di dalam lingkungan orang-orang yang seperti ini anda juga akan menjadi salah seorang daripada orang yang kecewa.

Orang yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Tiada rangsangan di dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan. “Kejayaan adalah cerita dongeng yan membahayakan. Sedap untuk didengar tetapi tak mungkin boleh diharapkan,” kata mereka.

Anda sudah pasti pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang harus membuatkan anda merasa malu lebih-lebih lagi kecewa.

Ramai yang sudah meraih kejayaan pernah berkali-kali menghadapi kegagalan sebelum meletakkan kejayaan itu di dalam genggaman mereka. Jangan jadikan kegagalan itu untuk anda terus merasa kecewa dan tidak mahu lagi berusaha untuk mencapai apa yang anda impikan. Pepatah ada mengatakan, “…sekali gagal bukan bermakna jalan sudah runtuh”.

Anda perlu menanamkan sifat sabar dan terus mencari jalan dan berusaha untuk menebus segala kegagalan yang telah anda lalui. Anda harus jadikan setiap kegagalan itu sebagai cabaran yang harus anda rempuh sehingga anda berjaya.

Orang yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Menceritakan kegagalan mereka daripada berusaha untuk menebus kegagalan. Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru pula.

Oleh itu, anda harus mengasingkan diri anda daripada suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah orang yang tidak mahu melihat kejayaan dan tidak percaya kejayaan itu boleh dikecapi. Anda bukan orang kecewa, anda mahu berjaya. “Anda yakin orang yang hidup pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati berkali-kali.”

Anda hendaklah membuka luas daya pemikiran anda. Sentiasa mencari jalan dan usaha yang terbaik agar anda mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.

Jika anda mempunyai fikiran yang terbuka, sudut pemikiran anda akan menjadi luas, prinsip diri anda, hokum-hukum penting untuk mencipta kejayaan, kepercayaan akan terjadi dan bergerak dengan harmoni untuk mencipta kejayaan dengan mudah sekali.

Fikiran yang terbuka luas adalah umpama jendela yan terbuka luas, yang membenarkan udara segar masuk dengan bebas dan memberikan anda peluang hebat untuk menjadi seorang yang berjaya.

Di dalam buku Think and Grow Rich, tulisan Napoleon Hill, ada menggariskan beberapa sebab lain yang turut menjadi punca kegagalan yang berlaku pada diri anda:
  • Latar belakang keturunan yang kurang menguntungkan.
  • Tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas.
  • Tidak memiliki cita-cita untuk meningkatkan taraf hidup sendiri daripada ukuran taraf hidup yang sederhana. Sekadar cukup makan.
  • Kurangnya disiplin terhadap diri sendiri.
  • Pengaruh persekitaran hidup yang kurang serasi sewaktu masa kanak-kanak.
  • Bertangguh dengan alasan menanti saat yang baik.
  • Kurang memiliki daya ketahanan dan ketabahan.
  • Keperibadian yang negatif.
  • Hasrat untuk memiliki kekayaan dengan jalan yang mudah.
  • Tidak tegas dalam membuat keputusan.
  • Mempunyai rasa takut yang mencengkam diri.
  • Terlalu bersikap berhati-hati.
  • Memilih rakan yang salah dalam usaha berniaga atau unsur kerjasama.
  • Berkepercayaan tahyul dan was-was.
  • Lebih suka meneka daripada berfikir.
  • Kesilapan memilih jawatan atau kekosongan kerja.
  • Kurangnya pemusatan fikiran terhadap sesuatu usaha.
  • Kebiasaan mengeluarkan wang untuk keperluan dengan sewenang-wenangnya.
  • Tidak memiliki semangat juang.
  • Memiliki sifat yang tidak mahu bertoleransi.
  • Tidak sanggup menjalin kerjasama yang baik dengan manusia lain.
  • Memiliki kekuasaan tanpa melalui usaha sendiri.
  • Memiliki sikap tidak jujur sama ada disengaja atau tidak disengajakan.
 
Kesimpulannya adakah Gagal itu satu option anda??? untuk menjadi gagal?


Mohd Idham Bin Ismail
MonaVie Distributor
016-5851301
www.jusajaib.net

Thursday, September 6, 2012

Multi Level Marketing Monavie

Rata-rata Rakyat Malaysia telah selesa dengan keadaan mereka (zon selesa mereka) Namun, ramai yang tidak sedar perbezaan yang JELAS antara potensi MLM dengan bekerja ‘makan gaji’ sahaja.

Antara Perbezaan yang jelas adalah:-
-MLM adalah perniagaan yang boleh di warisi kepada keluarga.
- Potensi Income MLM tiada had (boarderless). Peluang anda capai kebebasan kewangan!
- Anda bekerja untuk diri anda sendiri, you are the boss!
- Hanya memerlukan kos yang rendah. Perniagaan perlukan kos, tetapi tidak setinggi perniagaan konvensional.
- Risiko lebih rendah berbanding perniagaan convensional kerana sekiranya berlaku kegagalan, ia tidak melibatkan kos yang besar.
- Anda tentukan masa bekerja anda sndiri, tido bangun anda tentukan. Masa sendiri, nk beribadat pun senang.- Anda Boleh lakukan di mana-mana,dan pada bila-bila sahaja. You choose!- Boleh di lakukan secara online dan offline.
- Anda tidak perlu meninggalkan pekerjaan anda sekarang, anda boleh lakukan Secara Fulltime atau part time. 2 pekerjaan lebih baik dari 1 bukan??
- Cara kerja di dalam MLM yang simple membolehkan anda melakukan secara part time tanpa tekanan.
Ingat, anda bekerja untuk diri anda sendiri!
Semua orang sedar akan potensi bidang MLM. Tetapi Cukup ramai yang tidak mengambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada bidang ini. Kenapa???






Ikhlas
Mohd Idham Ismail
016-5851301
Wealth Consultant and Monavie Distributor
www.jusajaib.net

Wednesday, August 1, 2012

4 soalan yang membawa keuntungan‏



Banyak kali saya ditanya prospek sebelum mereka
mengambil keputusan untuk membeli.

"Betul ke produk ni berkesan?"

"Betul ke awak akan pos?

dan macam2 lagi...

Mereka ada banyak soalan yang mempengaruhi
keputusan untuk mereka membeli. Jadi jika website
anda dapat menjawab persoalan berikut....
...ada harapan tinggi sikit utk dapat jualan :)

1. Kenapa aku perlu baca atau dengar apa yang kamu cakap?
2. Kenapa aku harus percaya pada kamu?
3. Kenapa aku perlu bertindak dengan apa yang kamu tawarkan?
4. Kenapa aku perlu bertindak sekarang?


Ambillah masa beberapa minit utk fikir2kan apa jawapan
bagi 4 soalan ni, dan terus masukkan di dalam website anda.

Ikhlas,
Mohd Idham Ismail
016-5851301
MonaVie Distributor

Thursday, July 19, 2012

Perniagaan NETWORK MARKETING paling Hebat

Jika ditanya kepada setiap individu yang ingin memulakan perniagaan, antara dua isu utama mereka yang tidak berkeyakinan akan nampak berat ialah..


  • saya tidak ada pengalaman dalam bidang perniagaan...
  • saya tidak pandai cakap...

Pada yang tiada pengalaman berniaga, "network marketing" lah pilihan anda sebab Leader akan membimbing anda mengikut sistem dan cara yang betul.

Kemudian, dengan selambanya mengutuk dan membeci MLM sebab "dah ramai yang gagal katanya"

Jadi saya tunjukkan statement dari web ini http://www.richerdaddy.com/. Seperti rujukan daripada penulis buku terkemuka "RICH DAD POOR DAD", Robert Kiyosaki;

Why Do Most People Fail?
Most people fail because they have no experience of business ownership, we’ve been programmed and trained to work at jobs and when you come to the tables with the skills you learned at your job it’s that much harder to get things moving.

Most people join to make money-an emotional decision. The truth is most people don’t have the patience and willingness to learn new skills, skills that are mandatory if you want success.

When someone joins just to make money their emotions are attached to the money they envisioned so when they aren’t instantly gratified or don’t make money in the first few months they quit.

It’s these people that give the industry a bad reputation spreading stories of how network marketing is a pyramid scam.

Addressing The Myth

Unlike traditional corporate systems there’s room at the top for everyone. When people don’t get to the top they say it’s a pyramid scam.

A traditional corporate system is a pyramid too, however in the corporate system there is only room for one person. In a Network marketing business there is room for everyone.

The pyramids are laid out differently. In Robert Kiyosaki’s video he explains that one pyramid has it’s base on the ground and one has it’s base in the air, this means that anyone can join as a business owner.

The 2 Reason’s You Must Have For Joining

1. To help yourself
2. To help other’s

Reason number 1 means that you come to the business to help change your core value’s to make the transition from an employee to business owner
Reason number 2 means that you join the business to help other’s make that very same shift.

Your Business Is An Asset

If you read any of Robert Kiyosaki‘s writings on Network Marketing you’ll learn that most people join this business to make money for themselves. They forget that in Network Marketing you’re in business for yourself but not by yourself.

You must treat this business like an asset on the other hand you must treat the people who join you in business like an asset also. although it is a business you can’t forget the NETWORK part of it all.

This is a people business and always will be. Help enough people and you WILL reap the rewards.

You can make this work for you only if you help other’s. If you learn how to network with people and learn how to attract your future business partner’s to you a new set of rules will open up to you when it comes to your income level.
 
 
Network Marketing make People Life change.....
 
hubungi
mohd idham bin ismail
monavie distributor
016-5851301 

Friday, July 6, 2012

Makanan berkolesterol punca arteri jantung tersumbat?



Anda bacalah buku mana pun, media mana pun, jurnalis mana pun, termasuk pakar-pakar kesihatan. Kebanyakan mereka akan menyatakan perkara yang sama. Mengamalkan makanan berlemak atau berkolesterol menyebabkan arteri jantung tersumbat.

Cubalah anda tanya mereka termasuk doktor dan pakar diet hospital. Kalau makanan berlemak atau berkolesterol menyebabkan arteri jantung tersumbat, sudah tentu arteri bahagian-bahagian lain tubuh secara keseluruhan juga mengalami proses penebalan terdiri dari plak lemak. Tetapi mengapa penumpukan plak berlemak pada kuantiti tinggi secara relatif hanya berlaku pada arteri jantung?

Lemak dan kolesterol didapati menumpuk pada dinding arteri seluruh tubuh kepada mereka yang mengalami paras gula tinggi berpanjangan dan penghidap diabetes. Hanya 20% mereka yang mengalami penyakit arteri koronari seperti dinyatakan oleh pakar bedah kardiovaskular mengalami diabetes.
Keadaan yang sama juga kemungkinan dialami oleh mereka yang mengalami stres secara berpanjangan (Stres dan paras gula tinggi secara berpanjangan menjalani mekanisme yang serupa terhadap pembentukan beberapa jenis penyakit degeneratif termasuk sakit jantung berpunca dari arteri jantung tersumbat).

Terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai bertindan dalam pembentukan penebalan lemak dalam arteri jantung seperti saya bincangkan dalam buku saya SERANGAN JANTUNG.

Pada pandangan saya, mereka yang mengalami penebalan lemak pada keseluruhan arteri berpunca dari faktor-faktor yang saya sebutkan pada perenggan di atas.

Untuk mengetahui pelbagai kemungkinan punca penumpukan lemak dan kolesterol pada arteri jantung sila dapatkan buku SERANGAN JANTUNG saya hari ini. Bacalah dengan hati yang terbuka.

Adakah kebanyakan doktor dan pakar dietetik/nutirisi berbohong, kurang meneliti dan tangkap muat atau mengamalkan sikap tiru kenyataan orang lain seperti burung kakak tua? Orang cakap dia tiru, angguk-angguk, geleng-geleng tetapi tidak tahu apa yang disebutnya.

Saya mengajak anda berfikir dan menjadi orang yang berilmu dengan memandang sesuatu isu dari perspektif yang berbeza. Orang yang berilmu tidak mudah dijadikan seperti ‘lembu dicucuk hidung’.
Bacalah buku SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya (dari perspektif Nutrisi Holistik).
Buku SERANGAN JANTUNG berupaya menyergah paradigme anda. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik. 


DAPATKAN MONAVIE PULSE..
Khas untuk jantung yang lebih sihat dan membantu untuk mengurangkan kolestrol dalam badan disebabkan oleh kandung Monavie Pulse yang mempunyai PLANT STEROL dan juga Reverstrol .Melancarkan perjalanan darah dan juga menghalang kolestrol jahat dalam badan~ Sayangi Jantung Anda

Hubungi Saya
Mohd Idham Bin Ismail
016-5851301 
Monavie Consultant 

Tuesday, July 3, 2012

Membuat Tajaan dalam MonaVie


Tips Bagaimana Nak Menaja MonaVie
Jangan memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali melainkan prospek itu ialah orang yang dikenali betul oleh downline anda. Anda harus meneliti kesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka. 
Prospek yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuat pembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya, mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yang sentiasa menumpukan perhatian pada pembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.
Satu jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang rapat dengan anda yang telah pun merasai kebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakan secara lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk itu, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu mereka dapat membeli produk itu mengikut harga pengedar. Dan mampu mendapat diskaun lebih banyak jika kena dengan caranya.. contohnya dalam MonaVie , kita akan dapat lebih banyak diskaun selepas kita membuat perkongsian dengan kawan dan saudara kita.

Seperti menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan membuat penajaan kepada orang yang dikenali oleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya, daripada 10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang yang benar-benar berminat untuk menjadi pengedar.

Hubungi saya
Mohd Idham Ismail
016-5851301
MonaVie Exe Distributor