Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.
Punca penyakit
Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.
Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Apakah Bahaya Serangan Jantung?
Tahukah anda, penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia dan kebanyakan negara di dunia?
Pernahkah anda terfikir, serangan jantung dan penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu wanita – hampir 5 kali ganda lebih tinggi berbanding barah payudara?
Serangan jantung adalah penyebab utama kematian mengejut. Kejadian ini berlaku apabila jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba atau mengalami fibrilasi ventricular akibat kerosakan pada jantung.
Tahukah anda, lebih kurang 50% kematian akibat serangan jantung terjadi dalam masa satu jam dan hampir semuanya sebelum sempat tiba di hospital?
Bagi yang 'terselamat', segolongan besar mengalami penyakit lemah jantung atau kegagalan fungsi jantung akibat kerosakan teruk otot-otot jantung.
Ini dimanifestasikan dengan keadaan kaki yang mudah bengkak dan kesesakan nafas ketika rehat atau melakukan aktiviti.
pakah Gejala Serangan Jantung?
Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia sering berlaku pada awal pagi ketika tidur, tetapi ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana saja, sama ada ketika melakukan aktiviti atau berehat.
Kira-kira 50% pesakit yang alami serangan jantung tidak mempunyai tanda awal. Bagi mereka, ini gejala pertama penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita wajar mengetahui gejala serangan jantung iaitu :
* Sakit di dada. Jantung sebenarnya terletak di bahagian tengah dada dan bukan di kiri, tetapi sakit dialami sering membabitkan keseluruhan dada.
Ia seperti satu cengkaman kuat atau perasaan berat di dada. Ia kadangkala merebak ke bahagian atas dada hingga ke leher dan gusi atau ke tangan kiri atau kanan.
* Simptom berkaitan yang mungkin berlaku ketika sakit dada adalah kesesakan nafas, berpeluh yang sejuk, rasa lemah badan dan pening.
* Ada segolongan pesakit yang tidak mempunyai gejala klasikal seperti di atas. Ada yang hanya mengalami kesesakan nafas atau sakit di bahagian lain di badan.
Ada kes berlaku pesakit yang menghidap serangan jantung dihantar ke wad pembedahan kerana simptomnya yang ketara adalah sakit di perut.
Ada pula kes yang mana pesakit pergi ke doktor gigi terlebih dulu disebabkan sakit gusi, tanpa rasa sakit di dada.
* Ada pula yang tidak mengalami kesakitan di dada atau apa-apa simptom. Ini sering didapati pada pesakit yang mengidap diabetes.
Kadangkala sukar untuk tahu sama ada gejala dialami adalah disebabkan serangan jantung, terutama mereka yang tidak mengalami simptom klasikal.
Jika tidak pasti, segera ke hospital berdekatan. Usah bertangguh untuk menjalani pemeriksaan. Ingat, setiap masa sangat berharga dan jika dibiarkan, ia boleh merosakkan jantung dan mengorbankan nyawa.
Sayangilah Jantung ANDA!! ANDA mampu Mengubahnya!
Plant Sterol Untuk Jantung Anda.
Sterol Tumbuhan adalah Molekul Organik yang terdapat dalam tumbuhan yang terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol daripada diserap kedalam darah.
Selain daripada Pemakanan, Sterol tumbuhan boleh di ambil daripada supplement.Suplement ini memberikan sterol tumbuhan yang relevan.Kandungan Sterol tumbuhan membantu mengurangkan penyerapan kolesterol.
Kolestrol LDL terhasil daripada metabolisme kolestrol VLDL dalam aliran darah , dikenali sebagai Kolestrol "JAHAT" .
Manusia sekurang-kurangnya memerlukan 2 gram sterol setiap hari untuk mengurangkan tahap kolestrol LDL.Kajian ada menunjukan Sterol mampu mengurangkan 3-10% kolestrol LDL.
Anda tidak perlu risau , Suplement Sterol boleh diambil untuk jangka masa yang panjang..
MONAVIE PULSE
Kandungan Tambahan PLANT STEROL yang terdapat padal Jus MonaVie Pulse , Khas untuk Penjagaan jantung yang sihat~ click disini untuk info lebih lanjut
Hubungi saya
MOHD IDHAM BIN ISMAIL
MONAVIE EXE DISTRIBUTOR
WEALTH CONSULTANT
HEALTH CONSULTANT
016-5851301
No comments:
Post a Comment