Thursday, June 14, 2012

Bahaya Bah tidak Jujur.. Ko pikir.

Dalam Perniagaan Monavie, Anda Harus Jujur. Tetapkan Niat anda Sebagai Pengedar dan juga Penjual. "Anda kena Tentukan"
Seperti mana moto Monavie sendiri iaitu "Drink It , Feel It , Share It"
 
Beberapa hari lepas, saya mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang rangup (crispy). Terjumpa satu gerai brother ni menjual keropok lekor. So, saya tanya brother tu:
“Rangup tak keropok ni?”

Jawabnya: “Memang rangup… baru saja goreng!”
So, saya pun beli. Dalam kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat… sejuk pula tu (kalau baru goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah kisahnya peniaga yang tidak jujur.
  • Walaupun RM2.00 sahaja keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang pelanggan seumur hidup.
Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.
Bayangkan hilang seorang pelanggan mungkin membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan sudah RM8.00. Setahun sudah RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya 30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM2,880!
  • Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur.
Rasulullah mula berniaga pada umur 12 tahun. Sifat Rasulullah saw seorang yang amat jujur dalam perniagaan sehingga digelar Al-Ameen. 
Jujur dalam perniagaan itu adalah kunci kejayaan perniagaan yang di ajar oleh Rasul kita.
~ sumber : Irfan Khairi
  • Sekiranya anda ingin berkogsi peluang bersama saya, jadikanlah yang baik sebagai pengajaran dan setiap yang buruk pasti ada balasannya.
  • Pastikan anda mendapat info yang tepat dalam membina bisnes anda sendiri supaya anda tidak kehilangan arah.

Ikhlas,
Mohd Idham Bin Ismail
016 5851301
Monavie Exe Distributor
www.jusajaib.net

No comments:

Post a Comment