Antara
kita hanya mengetahui secara dasar MLM bukan memahami, banyak yang
memandang dengan pandangan negatif, hanya melalui pemerhatian dan tidak
kurang juga hanya membacanya melalui internet sahaja,lantas merumuskan
perniagaan ini sebagai scam, haram, penganiyaan kepada orang baru dan
sebagainya.
Hakikatnya, mereka memandang secara logik bukan dengan mata hati.
Saya
bukakan satu cerita ini untuk anda jadikan sebagai satu perbandingan
logik akal atau pengetahuan mendalam yang sepatutnya kita hayati.
Kisah
ini tentang perjalanan satu pasukan tentera berkuda yang sampai di
persisiran sungai, tiada cara lain untuk mereka bergerak kehadapan
dengan cepat kecuali melintasi sungai tersebut.
Dalam keadaan berfikir, ketua tentera melihat seorang pemuda yang sedang memancing ikan, lalu ketua tentera itu bertanya;
"Saudara, bolehkah rasanya tentera bersama kuda saya meyeberangi sungai ini?,
Balas pemuda yang sedang memancing dengan yakin, "Boleh"
Lantas ketua tentera memerintahkan sebahagian tentera berkuda untuk menyeberangi sungai tersebut.
Malangnya, rombongan tentera bersama kuda dihanyutkan oleh air yang dalam di sungai tersebut.
Dengan nada yang amat marah, ketua tentera bertanya lagi kepada pemuda yang sedang memancing tadi,
"Adakah kamu berbohong? Atau sengaja ingin permainkan saya?"
Pemuda itu menjawab dengan tenang,
"saya
selalu melihat itik menyeberangi sungai itu, kakinya lebih pendek
berbanding kaki kuda yang tuan miliki, tentulah tiada masalah untuk kuda
tuan"
Jadi
dapat kita simpulkan di sini, secara logiknya, pemuda tadi berfikiran
dan memberi pendapat yang betul, mengikut pemerhatiannya,...tetapi hanya
kita perlu menilai jawapan logik itu adakah perlu diterima atau tidak.
Samalah
dengan perniagaan network marketing ini, hanya yang sudah memahami
mendalami tahu kenikmatan apabila kita dapat menjayakan orang di
sekeliling kita..
Maka, akan ada suara sumbing yang mengatakan, si polan tu pun pernah buat MonaVie atau MLM lain sebelum ni, tak berjaya pun...
Dan dalam hati saya berkata,
Jika
kita ingin berjaya, belajarlah dan rujuklah mereka yang
berjaya...adalah amat malang jika merujuk pada yang mengatakan diri
mereka tidak berjaya, kerana akan ada sahaja alasan menyalahkan orang
lain atau semua orang tidak bantu dia dan sebagainya...
Bak
kata pepatah, menunding satu jari ke arah orang lain lebih mudah dari
melihat tiga jari yang menunding ke arah diri sendirinya ada
lagi...senang cerita, meraka belum pun mahir ILMU di dada dah nak rasa
putus asa...
Jadi,
pada mereka yang membenci perniagaan ini, renunglah dengan matahati,
dengan pekerjaan yang anda lakukan..dapatkah kita memberi yang terbaik
untuk orang tersayang di sekeliling kita...jadi belajarlah memahami
perniagaan MLM ini...kerana ianya satu perniagaan yang cukup indah.
Kemiskinan bukan untuk diwarisi tetapi satu transit ke arah kejayaan. Anda yang pilih dan tentukan kehidupan anda sendiri!
MonaVie Wealth Consultant
Mohd Idham Ismail
016-5851301
www.jusajaib.net
No comments:
Post a Comment