Friday, July 6, 2012

Makanan berkolesterol punca arteri jantung tersumbat?



Anda bacalah buku mana pun, media mana pun, jurnalis mana pun, termasuk pakar-pakar kesihatan. Kebanyakan mereka akan menyatakan perkara yang sama. Mengamalkan makanan berlemak atau berkolesterol menyebabkan arteri jantung tersumbat.

Cubalah anda tanya mereka termasuk doktor dan pakar diet hospital. Kalau makanan berlemak atau berkolesterol menyebabkan arteri jantung tersumbat, sudah tentu arteri bahagian-bahagian lain tubuh secara keseluruhan juga mengalami proses penebalan terdiri dari plak lemak. Tetapi mengapa penumpukan plak berlemak pada kuantiti tinggi secara relatif hanya berlaku pada arteri jantung?

Lemak dan kolesterol didapati menumpuk pada dinding arteri seluruh tubuh kepada mereka yang mengalami paras gula tinggi berpanjangan dan penghidap diabetes. Hanya 20% mereka yang mengalami penyakit arteri koronari seperti dinyatakan oleh pakar bedah kardiovaskular mengalami diabetes.
Keadaan yang sama juga kemungkinan dialami oleh mereka yang mengalami stres secara berpanjangan (Stres dan paras gula tinggi secara berpanjangan menjalani mekanisme yang serupa terhadap pembentukan beberapa jenis penyakit degeneratif termasuk sakit jantung berpunca dari arteri jantung tersumbat).

Terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai bertindan dalam pembentukan penebalan lemak dalam arteri jantung seperti saya bincangkan dalam buku saya SERANGAN JANTUNG.

Pada pandangan saya, mereka yang mengalami penebalan lemak pada keseluruhan arteri berpunca dari faktor-faktor yang saya sebutkan pada perenggan di atas.

Untuk mengetahui pelbagai kemungkinan punca penumpukan lemak dan kolesterol pada arteri jantung sila dapatkan buku SERANGAN JANTUNG saya hari ini. Bacalah dengan hati yang terbuka.

Adakah kebanyakan doktor dan pakar dietetik/nutirisi berbohong, kurang meneliti dan tangkap muat atau mengamalkan sikap tiru kenyataan orang lain seperti burung kakak tua? Orang cakap dia tiru, angguk-angguk, geleng-geleng tetapi tidak tahu apa yang disebutnya.

Saya mengajak anda berfikir dan menjadi orang yang berilmu dengan memandang sesuatu isu dari perspektif yang berbeza. Orang yang berilmu tidak mudah dijadikan seperti ‘lembu dicucuk hidung’.
Bacalah buku SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Meredakannya (dari perspektif Nutrisi Holistik).
Buku SERANGAN JANTUNG berupaya menyergah paradigme anda. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik. 


DAPATKAN MONAVIE PULSE..
Khas untuk jantung yang lebih sihat dan membantu untuk mengurangkan kolestrol dalam badan disebabkan oleh kandung Monavie Pulse yang mempunyai PLANT STEROL dan juga Reverstrol .Melancarkan perjalanan darah dan juga menghalang kolestrol jahat dalam badan~ Sayangi Jantung Anda

Hubungi Saya
Mohd Idham Bin Ismail
016-5851301 
Monavie Consultant 

1 comment:

  1. wah..pnuh informative g tu ..:).. done following u..singgah blog saya kalo sudi
    http://rozssalovepink.blogspot.com

    ReplyDelete